aboutus

Kagumas Culinary Academy merupakan sebuah Pusat Bertauliah yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.

Ditubuhkan pada tahun 2008 dan dimiliki sepenuhnya oleh Kagumas Catering Services Sdn. Bhd. Syarikat telah berkecimpung di dalam bidang perkhidmatan makanan sejak tahun 1994 lagi.

Semua operasi dan kemudahan, pembelajaran serta pengajaran terletak di aras 1 & 2. Wisma Kagumas. Termasuk bilik-bilik kuliah, perpustakaan, bilik amali memasak, bilik pensyarah, dewan serbaguna dan pejabat pentadbiran.

PENGASAS

Haji Harun Nordin adalah Ketua Pegawai Eksekutif yang berpengalaman selama 21 tahun dibidang perhotelan dan mempunyai kelayakan profesional dari Chartered Institute of Marketing, UK di dalam bidang Pengurusan Pemasaran.

Beliau merupakan seorang usahawan katering selama 15 tahun sejak 1994 dan telah berjaya memahat nama Kagumas di dalam bidang ini dan mejadi antara katerer yang terkenal di kawasan Lembah Kelang dan seluruh Malaysia.

Beliau berhasrat untuk membimbing dan mendidik anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang hospitaliti sebagai kerjaya dan mencipta masa depan.

 

MESEJ DARI PENGETUA

Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar-pelajar yang berminat di bidang culinary arts & patisserie dan perhotelan secara amnya, boleh mendapatkan kemahiran serta diploma bertaraf antarabangsa dari City & Guilds – United Kingdom.

Syarat Kemasukan

Minima PMR atau tamat Tingkatan 5.

 Umur

15 tahun ke atas dan sihat tubuh badan. Termasuk pelajar OKU masalah pembelajaran.

 Pengambilan

Pengambilan seterusnya adalah pada 21.3.2016.

 Tempoh belajar

Hanya 1 tahun sahaja. 6 bulan – teori praktikal di Kagumas College of Hospitality dan 6 bulan latihan industri.

 Twinning Program – City & Guilds UK.

Pelajar yang berminat menyambung ke tahap Advance Diploma dan Degree boleh menyambung belajar di Kagumas College of Hospitality atau ke London United Kingdom.

 Konsep

Berorientasikan kemahiran dan mengikut kehendak dan keperluan industri serta membimbing pelajar untuk menjadi seorang insan yang serba boleh.

Kerjaya

Setelah tamat latihan praktikal anda akan diserapkan bekerja di bidang culinary atau pastry di hotel-hotel seluruh Malaysia dan luar negara dengan pendapatan diantara RM1,500 hingga RM2,000 sebulan.

 Pulangan

Selain dari kemahiran yang diperolehi yang akan menjadi bekalan sepanjang hayat, anda akan mendapat pulangan dalam masa 3 tahun sahaja. Seterusnya selepas 3 hingga 5 tahun bekerja anda digalakkan membuka restoran atau kedai kek dan menjadi usahawan yang berjaya.

 Pinjaman

Pembayaran boleh dibuat dengan pinjaman bank seperti CIMB, Bank Rakyat atau Bank Islam. Untuk pinjaman RM15,000 dalam tempoh 5 tahun anda hanya perlu membuat bayaran bulanan tidak melebihi RM300. Ibu bapa juga boleh mengeluarkan duit EPF atau ASB/ASN. Pelaburan yang terbaik adalah pelajaran yang menjamin anda berjaya dunia dan akhirat.

Sila layari laman web kami untuk memohon melalui online iaitu www.kagumas.com.my atau hubungi terus Kagumas Culinary Academy di talian 03-8926 8954 untuk keterangan lanjut.

Sokongan anda saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih dan Salam Kemahiran.

Yang benar,

 Hj Harun B. Nordin fcim

CEO / Group Chairman

YURAN PENGAJIAN UNTUK DIPLOMA & SIJIL

0001

00020003

btg-pengambilan-pelajar (1)

INTERNATIONAL STUDENT FEES

INTERNATIONAL STUDENT FEES