CADANGAN KERJASAMA MEMPERKASAKAN PELAJAR-PELAJAR OKU-MASALAH PEMBELAJARAN DAN TERCICIR DENGAN PENDEDAHAN DAN KEMAHIRAN DI KAGUMAS CULINARY ACADEMY

Pengetua,

CADANGAN KERJASAMA MEMPERKASAKAN PELAJAR-PELAJAR OKU-MASALAH PEMBELAJARAN DAN TERCICIR DENGAN PENDEDAHAN DAN KEMAHIRAN DI KAGUMAS CULINARY ACADEMY

Sukacita kami membuat cadangan serta kerjasama dengan S.M.K Tuan/Puan. Khas untuk pelajar-pelajar OKU-masalah pembelajaran dan tercicir yang berminat di bidang kemahiran

TUJUAN

1. Memberi latihan kemahiran dibidang kulinari dan pastri di suasana kolej.

2. Belajar bersama-sama dengan pelajar normal/OKU -masalah pembelajaran kami untuk mendapat pengalaman suasana berlatih dan berkerja.

3. Perkongsian pengalaman dengan CEO Kagumas yang berpengalaman 21 tahun di bidang perhotelan, 15 tahun di bidang katering dan 7 tahun menjalankan kolej hospitaliti.

4. Pendedahan cara pembelajaran yang menyeronokkan dengan tambahan di bidang seperti percakapan (public speaking protocol).

5. Kerjaya di bidang perhotelan dan makanan.

6. Membuka minda untuk menjadi usahawan yang berjaya

KOS
Secara percuma, pihak sekolah hanya perlu menyediakan pengangkutan dan guru iringan.

GOLONGAN SASAR
Pelajar-pelajar OKU masalah pembelajaran yang boleh mengurus diri dan berminat di dalam bidang kulinari dan pastri.

UMUR
16 tahun ke atas.

JANGKAMASA LATIHAN
Selama 6 bulan atau 6 kali setahun.

CADANGAN MENU

Seperti berikut:

  • Cupcake & Muffin
  • Spaghetti Bolognaise
  • Nasi Goreng Kampung & Sunny Side Up
  • Ceaser Salad & Canape
  • Penang Kueteow & Mee Goreng Mamak
  • Chocolate Chip Cookies & Butter Cookies
  • Assorted Pizza

Pelajar juga turut diajar cara penyediaan meja (table setting).

SIJIL
Setelah tamat menjalani kursus pelajar akan dianugerahkan sijil penyertaan kerjasama Kagumas Culinary Academy dengan City & Guilds, U.K

Kerjasama serta pertimbangan Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“DISINI BERMULANYA KERJAYA ANDA”

 

About the Author
  1. Mohd Harizan Reply

    saua nak bertanya jika pelajar oku ni perlu tinggal di asrama ke

    • Kagumas Admin Reply

      untuk urusan hostel, cik boleh hubungi kami di talian 03-8926 8954 (waktu operasi isnin-jumaat, 8pagi-5petang)

Leave a Reply

*